Dari Meja Tuan Pengetua

Salam Sejahtera Dan Salam Perpaduan.
     Terlebih dahulu saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada jawatankuasa web sekolah dan seluruh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Terusan Sugut di atas kejayaan membangunkan laman web sekolah ini yang mana laman web ini adalah salah satu aset penting yang akan menjadi wadah untuk menyampai dan merakamkan segala maklumat, aktiviti dan peristiwa yang berlaku di sekolah ini.
     Era globalisasi pada masa kini untuk menjadikan sistem Pendidikan Negara ini bertaraf dunia, maka tanggungjawab bukan sahaja terletak di bahu pihak sekolah bahkan ia seharusnya mendapat kerjasama daripada para pelajar, ibu bapa serta masyarakat keseluruhannya. Oleh itu, seharusnya kita berganding bahu dalam mencapai matlamat yang mana SMK Terusan Sugut (KLUSTER) bertekad ingin menjadi antara 10 buah sekolah yang terbaik di Sandakan.
     Saya mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa web sekolah yang menggembleng segala sumber dan kepakaran yang ada dengan begitu komited dan berkesan dalam membangunkan laman web sekolah ini. Akhir sekali, sekalung penghargaan kepada semua pihak yang memberi sokongan penerbitan laman web ini terutamanya para guru, staf sokongan, para pelajar dan semua pihak terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam menjayakan penghasilan laman web ini. Selain itu jutaan terima kasih juga kepada pihak Pejabat Pelajaran Daerah, Beluran, Jabatan Pelajaran Sabah dan Kementerian Pelajaran Malaysia yang memberi sokongan dan dorongan dalam penghasilan laman web ini. Sekian Terima Kasih.

Berita Dari Terusan Sugut

Selamat datang ke SMK Terusan Sugut Beluran (Sekolah Kluster)...

Nama : Pandir bin Lodah

Asal : Sabah

Jawatan : Pengetua

 

Anda Pelawat Ke:

free web counter

Tarikh Kemaskini: 7

Jun 2013