Falsafah

SMKTS menjadikan pendidikan sebagai teras untuk memperkembangkan lagi potensi warga SMKTS secara menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan tuntutan falsafah pendidikan negara. Usaha ini bertujuan untuk melahirkann warga SMKTS yang dinamik, progresif dan berinovatif berlandaskan kepada Rukun Negara, seterusnya menjadi pemangkin kepada usaha merealisasikan Wawasan 2020 dan pelan induk pembangunan pendidikan negara.

 

Objektif

  • Melahirkan warga sekolah yang berilmu dan berintelek.
  • Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif sejajar dengan keperluan warga sekolah selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Melahirkan warga sekolah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial serta jati diri yang kukuh.
  • Melahirkan warga sekolah yang berdisiplin, bertanggungjawab, amanah, cerdas dan berkepimpinan.
  • Memantapkan kerjasama yang padu dan permuafakatan intelek dalam kalangan warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat.

 

Anda Pelawat Ke:

free web counter

Tarikh Kemaskini: 7

Jun 2013