Sejarah

          Kampung Terusan Sugut terletak di pantai barat negeri Sabah kira-kira 400km dari resedinsi Sandakan yang juga terletak di muara sungai menjadi pilihan masyarakat sekitar untuk mendirikan sekolah. Sekolah Menengah Kebangsaan Terusan Sugut (SMKTS) ditubuhkan untuk mengatasi masalah kegagalan sebilangan para ibu bapa menghantar anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah sama ada di sekitar daerah Beluran mahupun daerah Sandakan. Kegagalan ibu bapa berbuat demikian berpunca daripada desakan ekonomi keluarga dan jarak tempat tinggal dengan sekolah menengah – implikasinya, ramai pelajar tercicir.  Oleh hal yang demikian, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) telah berusaha dan seterusnya meluluskan permohonan masyarakat sekitar kawasan Sugut untuk mewujudkan sebuah sekolah menengah di kawasan ini.

 

          Projek pertama pembinaan sekolah ini telah bermula pada akhir tahun 1983 dan telah siap sepenuhnya pada awal tahun 1984. Projek pertama ini melibatkan pembinaan sebuah blok bangunan sekolah yang mengandungi tiga bilik darjah dan sebuah pejabat sekolah, dua blok asrama, sebuah dewan makan dan sebuah rumah guru (berkembar). Pada awal tahun 1984, aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah bermula di sekolah berkenaan.  Kira-kira 95 orang pelajar memulakan sesi pembelajaran pada tahun itu. Kesemua pelajar tersebut berasal dari beberapa buah sekolah kebangsaan sekitar kawasan Sugut yang mempunyai penduduk kira-kira 10,000 orang.


Pembangunan fizikal SMKTS dapat dilihat berdasarkan kronologi dibawah:

1984 - 1 blok bangunan sekolah, 2 blok asrama, 1 dewan makan, dan           2 unit  rumah guru.

1987 - Tambahan 1 buah bangunan tambahan asrama.

1992 - Tambahan 1 buah bangunan mengandung 4 bilik darjah.

1994 - Tambahan 1 buah blok asrama.

1996 - Dewan makan menggantikan dewan lama.

1997 - Surau sekolah.

1998 - Tambahan 2 blok bilik darjah menempatkan 6 kelas.

2002 - Tambahan blok pentadbiran separuh konkrit & rumah guru.

2003 - Tambahan 1 blok bilik darjah konkrit menempatkan 4 kelas

2004 - Menaik tarafkan bangunan pejabat

2005 - Menaik tarafkan bangunan bilik darjah kayu, asrama dan surau

2006 - Menaik tarafkan bangunan bilik darjah kayu, bilik gerakan, 

          surau, asrama dan kantin sekolah.

2007 - Menaik tarafkan bangunan bilik darjah kayu, laluan pejalan 

          kaki, pejabat dan sekitarnya.

        - Memperbesarkan Perpustakaan, menambahbaik Asrama

          Aspura & Aspuri, Bilik mandi asrama dan Dewan Makan

2008 - Pembinaan 1 unit rumah guru dan Dewan terbuka.

2009 - Pembinaan bilik kaunseling.


Kesemua prasarana fizikal sekolah yang ada pada hari ini terdiri daripada bangunan kayu dan dikategori sebagai projek kilat – kecuali blok pentadbiran yang terdiri daripada bangunan separuh konkrit dan satu blok bilik darjah konkrit.

Anda Pelawat Ke:

free web counter

Tarikh Kemaskini: 7

Jun 2013